Friday, February 13, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebuah Pusat Kecemerlangan Insan akan dibuka di Seremban,Negeri Sembilan. Pusat ini akan dilengkapi dengan perpustakaan,surau,bilik latihan dan kafe.

Pusat kecemerlangan ini sesuai dijadikan bilik studi,perbincangan perniagaan,mesyuarat kecil dan kuliah umum.

Pengunjung boleh membaca buku yang tersedia di sini atau membawa buku dari rumah.Pengunjung juga boleh membuat pinjaman buku dengan dikenakan sedikit bayaran.

Keahlian Iqra' Haus akan di buka untuk peringkat usia dari 6 tahun ke atas. Bagi ahli Iqra akan menikmati diskaun, belian buku,cenderamata,snek,minuman dan fee meminjam buku.

Pihak pengurusan juga akan mengadakan kuliah-kuliah agama yang akan disampaikan oleh pendakwah jemputan.

Selain itu kursus untuk kanak-kanak , seperti REIKI for kids juga sedang dirancang.Kursus pengucapan awam dan perbualan dalam bahasa inggeris untuk kanak-kanak dan kelas mengaji dewasa akan dijalankan di sini.

Doakan kejayaan usaha ini.InsyaAllah , tunggukan kemunculannya.

No comments:

Post a Comment