Wednesday, February 25, 2009

Tak lama lagi

IQRA’ haus.
F I K I R & Z I K I R

Akan dibuka !

Pusat pengembangan minda di Taman Tasik Jaya. Pusat ini dilengkapi dengan perpustakaan mini , bilik kuliah , bilik mesyuarat , bilik solat dan ruang santai

Pusat ini juga menyediakan servis minuman dan snek untuk pengunjung yang menggunakan perkhidmatan di sini.

Setiap hujung minggu akan diadakan kuliah umum dan soal jawab agama dengan ustaz jemputan.

Kami juga akan mengadakan kuliah fardhu ain , kelas mengaji dewasa , dan kursus tasawwur Islam.

Bagi kanak-kanak,kursus – kursus peningkatan kendiri akan diadakan pada setiap cuti persekolahan.Antara kursus yang dikenalpasti adalah kursus Reiki , tarannum al-quran , public speaking ( pengucapan awam atau pidato ) dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Keahlian akan dibuka , dimana para ahli akan menikmati potongan sehingga 20 % atas produk-produk dan servis terpilih.

Para ahli boleh meminjam buku dengan caj yang minima.

Pusat ini juga menyediakan servis internet , fotostat,cetakan dan binding.

Selain itu khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan juga disediakan .

Pihak kami juga menyediakan khidmat nasihat perniagaan , penyediaan kertas kerja dan ejen cetakan

1 comment:

  1. Semoga berjaya...
    nanti kita sembang2 apa yg buleh dibuek.. :)

    ReplyDelete